Wednesday, 13 May 2015

Pendahuluan
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Blog ini pada asasnya dibangunkan sebagai satu projek bagi memenuhi keperluan Kursus PPK 'ICT Dalam Pengurusan TVET'.
 

Ringkasan Projek
Politeknik Nilai(PNS), Negeri Sembilan merupakan politeknik yang ke-23 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Disember 2007. PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik,kamsis dan kediaman staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar.
    

Salah satu daripada blok bangunan tersebut ialah Lodge Cemara Inn yang terletak di sebelah kiri pintu masuk utama Politeknik Nilai. Lodge tersebut mempunyai 40 buah bilik yang terdiri daripada 2 buah bilik VVIP, 2 bilik VIP, 3 bilik twinsharing besar, 4 bilik twin sharing kecil dan 29 bilik single. Kemudahan Lodge Cemara Inn ini.
 

Latarbelakang Masalah    
Lodge Cemara Inn Politeknik Nilai menerima terlalu banyak permohonan penginapan sama ada daripada orang perseorangan, agensi kerajaan atau pihak swasta. Sebelum ini segala bentuk pertanyaan berkaitan lodge akan diajukan melalui panggilan telefon kepada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan. Permohonan yang dibuat pula memerlukan pihak pemohon untuk mengisi borang tempahan secara manual. Situasi ini amat menyukarkan ULPL memandangkan unit ini hanya terdapat seorang pegawai sahaja yang mengendalikannya. Justeru itu, projek ini dibangunkan bertujuan bagi membolehkan pihak luar yang ingin membuat tempahan menggunakan platform ini secara terus tanpa perlu menghubungi pihak ULPL terlebih dahulu.

Objektif:

Objektif khusus bagi kajian ini adalah:
1. Mewujudkan satu platform tempahan bilik Lodge Cemara Inn PNS secara online.
2. Mewujudkan satu platform soalselidik kepuasan pelanggan terhadap kemudahan lodge Cemara Inn, PNS.

No comments:

Post a Comment